KUCHING, 17 Mei 2022 - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri, YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini.
Majlis istiadat pembukaan telah dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Ragad Kurdi Taib yang hadir tiba pada jam 10.00 pagi ini tadi.
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kemudiannya memulakan istiadat dengan memeriksa perbarisan perarakan masuk panji-panji dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Tun Taib diiringi oleh pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) seterusnya diikuti bacaan doa kesyukuran oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Haji Ahmad Fauzi serta disempurnakan dengan ucapan Pembukaan Persidangan Kedua, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19.
Persidangan DUN ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula 17 hingga 26 Mei 2022.
Hadir sama semasa istiadat ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Profesor Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta tetamu kenamaan yang lain.
Sumber dari : Sarawakku